Kursus ICT PI Daro Sesi Disember 2019 (Asas Internet, Email & KDB)
9 Disember 2019 | Aktiviti TerkiniPada sebelah petang hari Ahad 8 Disember 2019, Kursus ICT PI Daro untuk sesi Disember 2019 diteruskan untuk modul Asas Internet, Email dan KDB. Modul ini juga telah diselenggara penuh oleh Sukarelawan MIV bersama Komuniti Pi Daro. Dimulakan dari pukul 2.00 petang dan berakhir pukul 5.00 petang, modul ini mendedahkan para peserta dengan aspek-aspek seperti:
• Mempelajari perisian yang digunakan untuk mengakses Internet dan mencipta Email.
• Mengetahui ciri-ciri asas Internet, asal usul internet dan kepentingan Internet pada masa sekarang.
• Memperoleh Email masing-masing dan mengetahui cara menggunakan Email untuk berhubung.
• Mempelajari kaedah mengisi Permohonan Kerja di Web SPA & E-Recruitment.
Selain itu, para peserta kursus juga diberi taklimat tentang langkah-langkah keselamatan melayari internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi.
Seramai 12 orang peserta menghadirkan diri ke kursus ini yang terdiri daripada para pelajar sekolah menengah, belia lepasan SPM, STPM, belia yang belum bekerja dan kakitangan Awam.
Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: